Saturday, 24 November 2012

PAGI INI

PAGI INI...
aku berdiri di muka pintu  ..
berhadapan padang kawad yang luas terbentang..
pepohon yang hijau serta bayu yang lembut terpupuk angin..
kicauan burung yang riang berterbangan ..
sungguh indahnya pagi ini..
seolah-olah berlagunya satu irama yang tenang...

waktu ini ..tika ini...
kedamaian ini...
ku doakan agar berkekalan ...
hatiku terdetik..
apakah perasaan insan seusiaku di bumi Gaza..
dapatkah  mereka sarapan pagi ini..
atau sarapan dengan peluru serta bom ?
atau sarapan dengan darah keluarga yang tersimbah didepan mata...
tiada dapat aku bayangkan keadaan itu..
Ya Allah...
Kau Maha Mengetahui akan sebab sesuatu yang belaku..

Alhamdulillah . .
di atas keamanan disini..
Insya'allah..
semua akan selamat..
Amin .

Monday, 19 November 2012

JIWAKU

jIwA KU amat kacau..

tinggal disni buat aku makin rasa hilang pedoman hidup..matlamat yang berterabur,, kehakisan kasih sayang ...
sahabat yang mengkianati mambuat aku hapus terus kepercayaan kepada semua raga manusia termasuk si dia yang mengucap cinta padaku .

rasa hati dilukai dgn tanpa belas kasihan ..dengan insan yg tiada makna padaku ..
aku keliru samada aku yg tiada makna atau mereka.
hidup dgn penuh hipokrasi di rumah tumpangn ini...aku harapkn sinar dari Illahi..
hati yang kelam diselubungi kesedihan melampau mematahkan semangatku untuk berjihad di bumi Allah..berjihad untuk belajar...


rasa rindu pada keluarga , pada sapaan mesra teman2  serta hila tawanya seorang kekasih juga belas kasihan daripada Pencipta ..aku hilang itu  pada kali ini..kepercayaan yang dirobek..di hukumi bertalu2 oleh si dia menyebabkan hati ini jasad ini ingin hilang dari muka bumi...resahnya hati bila memikirkan samada berjayakah aku semester ini menempuh pelbagai ranjau onak dan duri yang datang lebih teruk daripada semester atau tahun2 yang lepas ..sukar jika hidup  mula dibenci orang..sukarnya hidup bila mula didendami orang..sukarnya hidup bila dijauhi teman2 yang baru saja disemai budi dan jenaka..sukarnya hidup bila insan yang mencintai menghukumi membabi buta..sukarnya bila tiada dapat menatap wajah2 yang menenangkan lubuk hati dikala resah,...tapi aku harus sedar..hidup perlukan kesabaran....kesabaran yang terkadang menguji keimanan.....keimanan yang hanya senipis kulit bawang....keimanan yang seringan kapas atau debu yang berterbangan..aku berdoa agar aku masih lagi waras dan sabar..serta cinta akan nyawa yang satu ini....
serta tidak mudah melatah diatas sesuatu pembohongan serta sedar akan matlamat yang jitu...

masalah ini cumalah sekecil hama dibenak otakku meskipun kesannya ibarat dilanda badai yang bengis seumur hidup..
oleh itu.. lantas aku mengucap astaqfirullah..alhamdulillah..aku masih bernyawa... alhamdulillah kebenaran akan terbit jua seperti terbitnya matahari di ufuk bumi...
menerangi duniaku hari ini meskipun terlalu banyak jerebu yang menghalang aku untuk melangkah , aku akan terus melangkah walaupun seperti orang buta yang kehilangan tongkatnya..kerana aku yakin Allah Maha Pengasih yang akan menyuluh jalanku ke arah yang benar... rasa tidak percaya tapi itu yang sbenarnya..hakikatnya .